Negara Yang Melepasi Tahap Imunisasi Lebih 50% Catat Penurunan Kes COVID-19

Sejumlah negara yang telah menjalankan proses imunisasi lebih 50% terhadap populasinya dilaporkan melihat penurunan dalam kes COVID-19.

negara yang melepasi tahap imunisasi lebih 50% catat penurunan kes covid-19

Perkara tersebut didedahkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mana Ketua Saintis, Dr Soumya Swaminathan berkata, “Kami telah melihat beberapa negara, yang sudah mencapai 50 peratus populasinya divaksin, anda boleh melihat penurunan kes jangkitan dan kematian yang signifikan, dengan memberi keutamaan kepada golongan rentan terlebih dahulu.”

Walaubagaimanapun, beliau menambah, situasi tersebut mungkin akan sedikit berbeza terhadap India yang kini sedang menghadapi fasa kritikal akibat wabak tersebut.

“Bagi negara seperti India yang perlu memvaksin lebih 1 bilion penduduk, ini tidak akan berlaku dalam tempoh singkat. Saya berpendapat India melakukan yang terbaik dari segi program pemberian vaksin dengan melibatkan sektor awam dan swasta.

“Halangan ketika ini sudah tentu adalah isu bekalan vaksin itu sendiri,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Teknikal Program Kecemasan WHO, Maria Van Kerkhove memaklumkan bahawa terdapat petanda positif dalam pemberian vaksin.

Dapatan tersebut dibuat walaupun kajian mengenai impak vaksin ke atas jangkitan masih dijalankan.

Yang menjadi kebimbangan pada waktu ini adalah akses vaksin kepada negara yang mengalami kadar jangkitan tinggi berserta kapasiti sistem kesihatan awamnya.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN