Bhutan, Negara Yang Melebihkan Kebahagiaan Berbanding Duit

bhutan, negara yang melebihkan kebahagiaan berbanding duit

Bhutan adalah negara yang terpencil yang terletak di Himalaya dan diapit dengan dua negara besar iaitu India dan China. Negara ini merupakan salah satu negara yang mendapat 10 negara teratas dalam indeks kepuasan penduduk.

Negara ini dikategorikan sebagai tempat percutian yang agak mahal. Selain penginapannya yang mahal, yuran dikenakan kepada setiap pelancong yang masuk ke negara ini juga agak mahal.

Kenapa yurannya mahal? Ini disebabkan konsep menghadkan pelancong demi menjaga keaslian sumber semula jadi. Mereka lebih mengutamakan impak social berbanding ekonomi. Ini menjadikan Bhutan sebagai tempat yang eksklusif untuk dilawati.

Kenapa Bhutan merupakan negara paling bahagia??

Negara Bhutan tidak terlalu mementingkan kemajuan dari segi pemangunan. Ini kerana negara ini  berkonsepkan kebahagiaan dan kesejahteraan rakyat dan alamnya melebihi wang ringgit. Gross National Happiness menjadi keutamaan  negara ini berbanding Gross Domestic Product.

Oleh itu Bhutan digelar sebagai Negara Yang Bahagia (Kingdom Of Happiness). Bhutan antara negara yang paling gembira di dunia dan paling tinggi di Asia.

Sumber: Panorama

Oleh: Khalie Azmi