Ini Negara Pertama Di Dunia Beri Hak Undang-Undang Pada Haiwan Liar

Hak haiwan adalah hak untuk mereka hidup bebas daripada eksploitasi dan penderaan oleh manusia.

ini negara pertama di dunia beri hak undang-undang pada haiwan liar

Ia adalah isu yang sangat penting kerana hak haiwan adalah bertentangan langsung dengan eksploitasi haiwan. Ini termasuk haiwan yang digunakan oleh manusia untuk pelbagai sebab.

.

Satu negara telah mengambil langkah ke arah memperjuangkan hak haiwan, dengan menjadi yang pertama di dunia memberikan hak undang-undang kepada haiwan liar.

.

Di Ecuador, mahkamah tertinggi negara itu memutuskan memihak kepada kes yang memfokuskan pada monyet berbulu yang mati selepas ia dibawa ke zoo dari habitatnya dalam hutan.

.

Monyet bernama Estrellita itu telah dikeluarkan dari habitat semula jadinya pada usia hanya sebulan dan dipelihara sebagai haiwan peliharaan oleh seorang penjaga. Dikatakan bahawa Estrellita berada di bawah penjaga itu selama 18 tahun sehingga dia disita oleh pihak berkuasa pada 2019.

ini negara pertama di dunia beri hak undang-undang pada haiwan liar

Bagaimanapun selepas sahaja monyet itu dipindahkan ke zoo, monyet itu disahkan mati.

.

Berikutan kejadian tragis itu, pemiliknya, Ana Beatriz Burbano Proañ memfailkan tuntutan habeas corpus, meminta mahkamah memutuskan bahawa hak monyet itu telah dicabuli.

.

Mahkamah memutuskan untuk memihak kepada Estrellita dan berkata bahawa haknya telah dicabuli oleh kerajaan. Bagaimanapun, mereka menambah bahawa hak haiwan itu juga dicabuli oleh pemiliknya apabila dia mengeluarkannya dari habitat semula jadinya pada usia muda.

.

Mengulas mengenai keputusan itu, seorang profesor undang-undang Harvard berkata bahawa keputusan itu penting kerana hak alam semula jadi kini boleh digunakan untuk memelihara haiwan.

.

“Apa yang menjadikan keputusan ini begitu penting ialah kini hak alam semula jadi boleh digunakan untuk memberi manfaat kepada kumpulan kecil atau haiwan individu. Ia menjadikan hak alam sebagai alat yang jauh lebih berkuasa daripada yang mungkin kita lihat sebelum ini," kata Kristen Stilt, profesor undang-undang Harvard.

.

Sumber: [1]