“Memang Luar Biasa” - PM Puji Atlet Boling Natasha Roslan Juara Kejohanan Piala Dunia 2025 Di Hong Kong

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kejayaan Natasha Mohamed Roslan selepas menjadi atlet boling wanita pertama negara merangkul kejuaraan Kejohanan Piala Dunia 2025 di Kowloon, Hong Kong.

 

"Hebat! Memang luar biasa! Natasha Roslan melakar sejarah menjadi pemain boling wanita pertama negara menjuarai Piala Dunia," tulis Perdana Menteri.

 

Natasha menamatkan kemarau 53 tahun negara tanpa kejuaraan kategori individu wanita di Kejohanan Piala Dunia 2025 bagi acara berkenaan sejak dipertandingkan pada 1972.

 

Ia juga menjadi koleksi gelaran dunia ketiga buat atlet kelahiran Selangor itu selepas mengungguli Kejohanan Tenpin Boling Dunia 2023 di Salmiya, Kuwait dan menjuarai kejohanan sama dalam acara berpasukan wanita bersama Li Jane, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan Datuk Shalin Zulkifli pada edisi 2017 di Las Vegas, Amerika Syarikat.

 

Sumber: Awani