Nasihat Khairul Aming Untuk Anak Muda Nak Jadi Content Creator Raih Pujian Ramai

Pempengaruh, Khairul Aming telah mencuri perhatian ramai selepas berjaya memenangi anugerah yang dianjurkan malam tadi.

nasihat khairul aming untuk anak muda nak jadi content creator raih pujian ramai

Pemilik nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman, 31, dalam ucapannya meluahkan rasa sebak selepas memenagi anugerah besar itu dan berharap momen ini dapat disaksikan Allahyarham bapanya.

 

“Terima kasih kepada mak, arwah ayah dan pasukan Sambal Nyet (produknya).

“Kalau ayah dapat tengok saya terima anugerah ini mesti dia berbangga sebab sudah lapan tahun saya bekerja keras,” katanya ketika menerima trofi.

 

Beliau yang dikenali ramai menerusi kandungan memasak ini turut menitipkan nasihat kepada anak muda untuk tidak mengabaikan pelajaran.

 

“Kepada anak muda yang menceburi bidang ini, kalau masih bersekolah, habiskan belajar dahulu supaya keluar nanti boleh jadi pencipta kandungan berkualiti.

“Pencipta kandungan ini bukan sekadar tular sahaja, tapi perlu ada adab dan kebolehan menyelesaikan masalah,” ujarnya.

 

Secara peribadi, Khairul Aming turut meluahkan kerisauan apabila wujud trend anak muda yang mahu cepat menjadi viral di media sosial.

 

"Mereka ada keinginan untuk belajar, tetapi pada masa sama, mereka juga mahu cepat jadi viral.

"Saya terpaksa mengumpul kekuatan sebelum mengungkapkan mesej berkenaan sebentar tadi (ketika diumum sebagai pemenang).

"Bagi saya, biarlah apa orang kata, yang penting saya mahu anak Malaysia yang lebih hebat mencipta kandungan yang menginspirasikan buat semua pengguna," jelasnya lagi.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AstroAWANI (@501awani)

 

Pesanan Khairul Aming ini nyata meraih perhatian ramai yang rata-rata turut memuji pencipta kandungan dengan jumlah pengikut seramai 3.7 juta orang di Instagram ini.

 

 

Sumber: Astro AWANI