Nasib Berbeza Ronaldo & Messi

nasib berbeza ronaldo & messi

2 superstar bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi memulakan musim ini dengan pasukan baru. Err salah seorangnya dengan pasukan baru, yang seorang lagi pasukan lama. Ronaldo meninggalkan Juventus untuk sertai semula Manchester United manakala Messi sertai PSG selepas hampir 2 dekad menyarung jersi Barcelona.

nasib berbeza ronaldo & messi

Ronaldo telah buat 3 penampilan bersama Manchester United musim ini dan telah jaringkan 4 gol. Permulaan yang baik untuk pemain berusia 36 tahun itu bersama The Red Devils. Ronaldo nampak macam tak ada masalah untuk menyesuaikan diri dengan taktikal Ole Gunnar Solskjaer. Lagipun, Solskjaer ni pernah jadi rakan sepasukan Ronaldo di Old Trafford sebelum ini. Persoalannya sekarang, mampukah Ronaldo meneruskan prestasi ini sehingga hujung musim? Biarpun masih berada pada keadaan fizikal yang baik, usia Ronaldo mungkin bakal beri impak kepadanya.

nasib berbeza ronaldo & messi

Berbeza pula situasinya dengan Lionel Messi. Selepas 3 penampilan, Messi masih gagal menjaringkan sebarang gol. Messi dijangka mudah menjaringkan gol sebaik menyertai Liga Perancis kerana saingan di La Liga dilihat lebih tinggi. Tambahan pula, Messi menyertai pasukan yang memiliki ramai pemain berkelas dunia seperti Neymar, Angel di Maria, Kylian Mbappe dan Mauro Icardi.

nasib berbeza ronaldo & messi

Tidak dinafikan semua pemain perlu meyesuaikan diri dengan corak permainan apabila menyertai pasukan baru. Mungkin ini yang berlaku kepada Messi. Sebahagian besar kariernya di Barca, corak permainan pasukan itu tertumpu kepada Messi. Kini, Neymar dan Mbappe pastinya pilihan yang lebih sesuai untuk dipilih PSG mengemudi bahagian serangan.

nasib berbeza ronaldo & messi

Messi juga dilihat kurang berpuas hati apabila dikeluarkan pada babak kedua aksi Liga Perancis ketika PSG tundukkan Lyon 2-1. Messi enggan bersalaman dengan pengurusnya, Mauricio Pochettino ketika keluar padang. Mungkinkah kebolehan Messi untuk menyesuaikan diri kurang berbanding Ronaldo. Ronaldo dah beraksi untuk beberapa kelab termasuk Real Madrid dan Juventus manakala PSG merupakan kelab pertama Messi selain Barcelona.

nasib berbeza ronaldo & messi

Nasib yang berbeza ini akan mencetuskan perdebatan baru yang menarik dalam kalangan peminat bola sepak. Siapa G.O.A.T (Greatest Of All Time) sebenar bola sepak? Sir Alex Ferguson pernah memeberikan pendapat dalam hal ini. Katanya, Ronaldo akan menyerlah dengan mana-mana pasukan yang disertainya manakala Messi mungkin hanya mampu cemerlang bersama Barcelona. Hmm, setakat 3 perlawanan pertama Messi ni, nampaknya masin mulut Ferguson ni kan? Harap-harap Messi mampu kembali ke prestasi sebenarnya. Kalau tidak, puas la peminat Ronaldo membahan Messi.

 

Oleh: Karami Kamel

ARTIKEL BERKAITAN