Alam semesta diluar atmosfera kita tersangatlah luas dan penuh dengan rahsia yang masih belum kita rungkaikan.
Menurut saintis di Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA), terdapat 301 lagi planet yang disahkan kewujudannya, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini adalah 4,569.
Exoplanet atau extrasolar planet baharu yang ditemui diluar sistem suria ini adalah dengan menggunakan teknik baharu dengan kaedah machine learning untuk mendalami ke dalam data Kepler Space Telescope milik NASA.
Program yang dinamakan ExoMiner dijalankan oleh Pleiades supercomputer NASA bagi mengenalpasti sama ada itu adalah planet atau bintang. Program inilah yang membantu NASA dalam menentusahkan 301 lagi exoplanet diluar sistem suria kita.
Daripada kesemua planet yang ditemui, tiada satu planet pun yang mempunyai persamaan 100 peratus dengan Bumi. Ia secara tidak langsung menunjukkan Bumi adalah unik dan sukar dicari ganti.
Sumber: newsweek