NASA Tawar Hadiah RM149,800 Untuk Sesiapa Yang Boleh Reka Tandas Di Bulan

nasa tawar hadiah rm149,800 untuk sesiapa yang boleh reka tandas di bulan

NASA sedang mencari sesiapa sahaja yang boleh mereka cipta tandas yang boleh digunakan di bulan.

Untuk mereka yang berjaya, korang akan memenangi hadiah berjumlah $35,000 atau bersamaan RM149,800. Banyak tu!

NASA bercadang untuk menghantar angkasawan mereka ke bulan pada 2024  ini dan semestinya angkasawan pun memerlukan tandas sewaktu misi tersebut.

Antara ciri-ciri tandas yang diperlukan oleh NASA adalah mesra mana-mana gender memandangkan NASA akan menghantar angkasawan wanita untuk misi ini. Selain itu, bonus point akan diberikan kepada mereka yang berjaya mencipta tandas yang boleh menangkap muntah angkasawan tanpa mereka perlu memasukkan kepala dalam tandas itu.

Bukan itu sahaja, tandas tersebut haruslah boleh menampung satu krew angkasawan selama 14 haru dan membenarkan mereka untuk memindahkan bahan-bahan dan simpanan untuk dibuang di luar kenderaan.

Perkara paling penting adalah tandas tersebut haruslah mudah untuk dicuci dan diselenggarakan. Dari segi penggunaan kuasa pula haruslah kurang daripada 70 watts dan kurang bising daripada tandas biasa.

Sumber: CNNSumb