Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) telah menemui sejenis objek berkilat pada permukaan planet Marikh.
![nasa jumpa objek berkilat pada planet marikh, rupanya..](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/mars-object-03.jpg)
Menurut agensi pertubuhan itu, kapal rover Perseverance yang kini berada di Marikh telah mengesan objek berkilat seperti kepingan besi di salah satu kawasan di planet tersebut.
.
Pakar mendedahkan penemuan "mengejutkan" itu di Twitter dan menimbulkan pelbagai spekulasi orang ramai. Ada yang mendakwa ia adalah bukti tentang kewujudan makhluk asing.
![nasa jumpa objek berkilat pada planet marikh, rupanya..](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/mars-object-01.jpg)
Bagaimanapun NASA menjelaskan objek tersebut sebenarnya adalah milik mereka sendiri iaitu sehelai selimut haba. Mereka berpendapat selimut itu mungkin tercicir apabila Perseverance turun ke Planet Merah pada tahun 2021.
.
Ia disahkan selepas pengezuman dibuat pada imej tersebut dan menunjukkan titik-titik kecil yang biasa untuk selimut haba.
![nasa jumpa objek berkilat pada planet marikh, rupanya..](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/mars-object-02.jpg)
Bercakap kepada CNET, wakil NASA berkata mereka pasti ia adalah sebahagian daripada selimut haba tetapi kurang pasti tentang dari bahagian mana pada kapal angkasa itu.
.
Ekoran daripada foto itu juga, ada yang mendakwa NASA telah mencemarkan Marikh dengan sampah sarapnya.
.
“Manusia belum ada di sana tetapi kita sudah mula buang sampah,” kata seorang pada hantaran tersebut.
.
Sumber: [1]