Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) melaporkan sudah mengesan lebih 5,000 planet diluar sistem suria, atau disebut juga sebagai exoplanet.
Exoplanet adalah istilah yang merujuk kepada planet yang mengorbit di luar sistem suria atau planet suria tambahan, dengan mengorbit bintang selain Matahari.
Setakat 21 Mac 2022, terdapat 5,005 planet di luar sistem suria dengan kebanyakannya bersaiz kecil dan berada diluar Galaksi Bima Sakti.
Daripada jumlah itu, saintis telah menemui beberapa planet yang mempunyai ciri seakan Bumi, selain juga planet berbatu lebih besar dari Bumi (super-Earth), mini Neptune dan juga Musytari panas terik.
Dua super-Earth yang baru ditemui dilabel dengan kod HD 260655b berukuran 1.2 kali ganda saiz Bumi dan juga HD 260655c berukuran 1.5 kali ganda saiz Bumi. Keduanya mengorbit bintang kerdil merah HD 260655. Namun kedua-dua planet itu terlalu panas, membuatkan tiada kehidupan yang mampu hidup disitu.
"Saintis kini sedang mencari galaksi untuk planet yang memiliki ciri seakan Bumi yang bersesuaian untuk hidupan. Apa yang kami lihat di Bumi, kehidupan boleh menyesuaikan diri dengan keadaan yang manusia anggap 'sangat keras' seperti suhu, sinaran, kemasinan, keasidan dan kegersangan.
"Ada kemungkinan bahawa kehidupan sudah bermula di dunia lain dan disesuaikan dengan keadaan yang agak asing yang tidak biasa kita lakukan," kata agensi itu.
Sumber: NASA TV