Namakan Anak Siti Noor Banjiriah Sebab Lahir Dalam Perahu Sewaktu Banjir

namakan anak siti noor banjiriah sebab lahir dalam perahu sewaktu banjir

Sepasang suami isteri telah menamakan anak mereka Siti Noor Banjiriah. Nama tersebut diambil bersempena dengan anak perempuan mereka yang telah lahir di dalam perau sewaktu banjir melanda.

Pasangan dari Kalimantan Selatan, Indonesia itu berkata kepada Tribun News, pada 20 Januari lalu, si ibu merasa sakit untuk bersalin. Sewaktu sedang bersiap untuk ke hospital, tiba-tiba sahaja air naik dengan mendadak.

"Baru sahaja naik bot, saya rasa bayi sudah mahu keluar," kata Ernawati yang mengimbas semula insiden ketika air bah melanda kampungnya, Desa Lokbaintan, di mukin Sungai Tabuk, Banjar.

Nasib baik lah ada bidan dan Ernawati telah dibantu oleh dua orang bidan untuk melahirkan anaknya.

Siti Noor Banjiriah akhirnya selamat dilahirkan dalam keadaan sihat. Bayi perempuan itu dilahirkan dengan berat 3.3 kilogram dan sepanjang 50 sentimeter. Ibu dan bayi juga dikatakan berada dalam keadaan sihat.

Sumber: Astro Awani