Covid-19- Nama Rasmi Untuk Novel Koronavirus

covid-19- nama rasmi untuk novel koronavirus

Agensi kesihatan Bangsa-Bangsa Bersekutu telah mengumumkan nama rasmi untuk virus novel Koronavirus iaitu Covid-19.

Agensi tersebut turut menyifatkan virus yang bermula dari China itu sebagai satu ancaman yang boleh membawa kematian namun masih terdapat peluang yang realistic untuk memberhentikannya.

“Kami sudah pun menamakan penyakit tersebut dan ianya adalah COvid-19” Ujar Pengerusi Organisasi Kesihatan Dunia, Tedros Adhanom Ghebreyesus kepada pemberita di Geneva,

Tedrs turut berkata co mewakili corona, vi pula untuk virus dan d untuk penyakit (Diesease). Nombor 19 pula mewakili tahun kepada penularan wabak tersebut yang mula dikesan pada 31 Disember.

Jadi, kepada korang semua teruskan menjaga kesihatan. Elakkan berada di tempat orang ramai dan jangan lupa untuk dapatkan pemeriksaan kesihatan sekiranya kesihatan kurang baik.

Sumber: The Strait Times

ARTIKEL BERKAITAN