Siapa Sangka Nama Kain Balut Luka Ini Diambil Dari Negara Gaza?

Apabila merawat luka, pasti ramai yang pernah mendengar mengenai kain kasa atau kain gauze, iaitu sejenis fabrik yang digunakan dalam perubatan.

siapa sangka nama kain balut luka ini diambil dari negara gaza?

Kain gauze aalah sejenis kain kasa nipis dan lutsinar dengan anyaman terbuka dan longgar. Ia digunakan secara meluas untuk membalut luka dan menghentikan pendarahan.

 

Namun tahukah anda, kain gauze ini diambil daripada nama Gaza yang merupakan pengeluar utama kain tenunan gauze sejak kurun ke-13 lagi.

 

Menerusi perkongsian dari Public Health Malaysia, kain Gauze telah dicipta di Gaza pada tahun 1600-an untuk membalut luka.

siapa sangka nama kain balut luka ini diambil dari negara gaza?

Meskipun Gaza menjadi pengeluar utama kain membalut luka, mereka masih lagi berdepan luka berdarah parah akibat serangan rejim Zionis yang tidak berkesudahan.

siapa sangka nama kain balut luka ini diambil dari negara gaza?

“Siapa sangka rupa rupanya kain gauze ini diambil nama dari Gaza yang merupakan pengeluar utama kain tenunan gauze sejak kurun ke 13 lagi.

“Ironinya, Gaza kini menjadi penjara terbesar dunia, rakyatnya luka berdarah parah namun lukanya terus berdarah tanpa luka dirawat,” demikian menurut Public Health Malaysia.

Perkongsian itu menjadi tular dan mendapat lebih 3 ribu share dengan ratusan komen daripada warganet.

 

Sumber: Facebook