Elak Stigma, WHO Beri Nama Baru Kepada Cacar Monyet

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberikan nama baharu kepada wabak cacar monyet, bertujuan bagi mengelakkan tercetusnya masalah berkaitan budaya atau sosial.

elak stigma, who beri nama baru kepada cacar monyet

WHO dalam satu pengumuman memberitahu nama bagi cacar monyet disebut sebagai Clade I dan Clade II.

 

Clade I merujuk kepada varian bekas Lembangan Congo di Afrika Tengah, manakala Clade II merujuk kepada kumpulan varian bekas Afrika Tengah.

elak stigma, who beri nama baru kepada cacar monyet

Kedua-dua kumpulan varian itu merangkumi dua sub kumpulan varian iaitu Clade lla dan Clade llb yang mana Clade llb adalah kumpulan utama kepada varian yang merebak sepanjang tahun ini.

 

Penggunaan nama baharu itu adalah serta merta dan tiada lagi penggunaan nama virus cacar monyet digunakan.

 

Baru-baru ini, wujud laporan mengenai kes penderaan dan penyiksaan terhadap monyet selepas virus itu dilaporkan merebak dalam komuniti setempat. Pun begitu, penularan ini tiada kena mengenanya dengan spesis monyet dan ia adalah melalui hubungan manusia sesama manusia.

 

Sumber: Utusan

ARTIKEL BERKAITAN