Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) merupakan fasa yang lebih tinggi berbanding Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kalau kawasan PKP biasa, korang masih lagi boleh keluar untuk beli barang. Namun, jika di PKPD tiada sebarang pergerakan keluar-masuk dibenarkan. Makanan juga akan disediakan oleh pihak berkuasa.
Selain itu, kawasan-kawasan tertentu akan dipasang dengan kawat duri dan barrier. Setiap rumah juga akan diperiksa dan dikawal dengan ketat.
Sehingga hari semalam, kawasan PKPD telah masuk yang ke-7 dan yang terbaru adalah PKPD Selayang Baru di Gombak.
Ni antara gambar-gambar PKPD di beberapa tempat. Dah macam nak pergi berperang.
1. Masjid India
2. Selangor Mansion
3. Selayang Baru