Lompat tali ataupun jump rope adalah senaman yang sangat hebat untuk tubuh badan kita. Ini adalah senaman yang paling berkesan dalam membakar lemak badan. Yang paling penting adalah kena konsisten lakukannya setiap hari. Senaman ini sesuai untuk sesiapa yang mempunyai masalah tulang belakang dan kaki.
Lompatan selama 1 jam boleh membakar 1300 kalori dan dengan membuat 10 minit jump rope sama seperti jogging 1.6km selama 8 minit. Wow! Jump rope ini sangat bagus untuk sesiapa yang sudah meningkat umur. Ini kerana senaman ini memberikan koordinasi langkah kaki bertambah baik dan dapat melatih otak membuat beberapa pergerakan dalam satu masa.
Jump rope memberikan kekuatan otot kaki dan posture badan bertambah baik. Kepada sesiapa yang membongkok boleh try jump rope ini, badan automatic akan menegak dan mendada. Tulang juga bertambah padu dan membuat otot badan semakin kuat. Yang paling best jump rope ini boleh buat dimana mana saja. 5 minit jump rope setiap hari sudah cukup memberikan anda tubuh badan yang sihat dan kuat. Marilah sama sama kita jaga kesihatan agar hidup lebih sihat dan bermakna.
Oleh: Khalie azmi
Sumber: jumpropesangathebat