Kutipan Tol Bakal Dikenakan Jika Ke Genting Highlands, Tidak Lama Lagi

Mereka yang memandu ke kawasan pelancongan tanah tinggi, Genting Highlands, bakal dikenakan kutipan tol tidak lama lagi.

kutipan tol bakal dikenakan jika ke genting highlands, tidak lama lagi

Menurut jurucakap Lingkaran Cekap Sdn Bhd, syarikat itu akan mengendalikan tol dan pemandu hanya akan dikenakan bayaran semasa ke Genting Highland dan bukannya ketika menuruni kawasan tersebut.

 

“Lingkaran Cekap bertanggungjawab terhadap jalan di Genting, termasuk cerun, tanah runtuh, membersihkan pokok tumbang, memotong rumput, sistem kumbahan serta lampu jalan, dan paling penting menyelenggara jalan.

“Genting Malaysia Berhad (Genting Malaysia) menyelenggara jalan di tanah tinggi sejak membinanya pada pertengahan 60-an,” katanya.

 

Terdahulu, tular gambar menunjukkan pemasangan sebuah struktur di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya, sekaligus membuatkan warganet spekulasi kemungkinan bakal dibangunkan plaza tol.

kutipan tol bakal dikenakan jika ke genting highlands, tidak lama lagi

Jurucakap syarikat berkenaan juga tidak dapat mengesahkan lagi tarikh pelaksanaan dan kadar tol yang akan dikenakan.

 

Sumber: Sinar Harian