Agensi Pengurusan Bencana (NADMA) menafikan dakwaan yang tular mengatakan bahawa Empangan Kenyir di Hulu Terengganu akan pecah tahun ini.
Ia susulan taburan hujan lebat yang akan berlaku pada hujung tahun sekaligus menyebabkan empangan itu menerima jumlah air yang berlebihan, sehinggakan tular berita palsu seperti itu.
Malah tular juga beberapa paparan yang menunjukkan foto latihan kecemasan, sehingga menimbulkan panik dalam media sosial.
Bagaimanapun paparan itu jelas NADMA adalah Latih Amal Pelan Tindakan Kecemasan Empangan Kenyir yang diadakan pada 26 hingga 29 September lalu. Latih amal itu juga bukan suatu yang baharu, sebaliknya ia juga pernah diadakan di beberapa empangan lain bagi memastikan agensi dan masyarakat bersedia untuk sebarang kemungkinan.
“Lain-lain latih amal yang pernah dianjur bagi memastikan kesiapsiagaan agensi dan masyarakat adalah Latih Amal Tsunami di Kedah, Pulau Pinang dan Sabah.
“Latih Amal turut diadakan untuk memperkasa koordinasi pelbagai agensi dalam menghadapi bencana, selain meningkatkan kefahaman dan keupayaan setiap agensi kerajaan yang berkaitan terhadap kaedah serta strategi pengendalian bencana,” jelasnya.
NADMA dalam satu kenyataan juga menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan berita palsu itu.
Sumber: NADMA / Kosmo!