Apasal Nabila Huda Tak Bagi Kita Search Ayam Goreng Viral? Amy Search Pun Dah Warning Ni

apasal nabila huda tak bagi kita search ayam goreng viral? amy search pun dah warning ni

Kredit: ERA/YouTube

Bagi peminat seni tanahair dan selebriti tempatan, siapa yang tak kenal dengan dua beranak yang paling ikonik kat Malaysia ni, iaitu Amy Search dan anak sulungnya yang amat lantang bersuara dan prefer untuk berterus-terang daripada cakap berlapik, Nabila Huda atau nama manjanya Abil?

Ada je isu panas yang membabitkan dua beranak ni. Pada bulan Mac yang lalu, Amy Search menegur anaknya yang masih keluar bekerja walaupun PKP dah dikuatkuasakan. Amy Search sememangnya seorang bapa yang sangat caring terhadap anaknya, sebab tulah ada je cerita pasal diorang ni.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

Baru-baru ni pulak ada video yang muncul. Dalam video tu, Nabila bagitau orang ramai supaya jangan tularkan berita yang tak sahih… lepas tu tiba-tiba dia cakap jangan search pasal Ayam Goreng Viral?!

Punyalah Nabila bersungguh cakap jangan search, sampaikan Amy Search pun dah bagi warning.

Memang suspen gila sampai buat kitorang tertanya-tanya pasal apa jangan search. So kitorang pun search jelah. Dan ni hasil carian kitorang:

apasal nabila huda tak bagi kita search ayam goreng viral? amy search pun dah warning ni

Korang dapat tak hasil carian yang sama macam kitorang bila korang search Ayam Goreng Viral? Cuba korang search dan kongsikan hasil carian tu di media sosial dengan hashtag #AyamGorengViral.