Muzium Khas Untuk Komodo Dragon

muzium khas untuk komodo dragon

Pulau Komodo sememangnya terkenal dengan keindahan pulau, air laut yang biru, kehijauan tumbuh-tumbuhan dan pemandangan yang cantik. Disini juga merupakan tempat memulihara biawak Komodo yang kian pupus. 

muzium khas untuk komodo dragon

Dikatakan juga usaha memindahkan 2,000 penduduk kampung keluar dari pulau itu akan dilaksanakan. Kerajaan berharap penutupan pulau itu akan mengurangkan kadar risiko pemburuan haram.

Kira kira 1,700 biawak Komodo dianggar mendiami pulau ini.

muzium khas untuk komodo dragon

Ekoran membatalkan rancangan menutup Pulau Komodo yang dibincangkan pada awalnya, kerajaan telah menetapkan akan terus membuka akses dan pada waktu yang sama mengambil langkah lebih efektif menggalak pembiakan biawak Komodo.

Sebagai pengawalan, pelancong perlu membayar yuran keahlian pada kadar AS$1,000 atau RM4,000. 

Berita baru pula Indonesia sedang merancang untuk membuka sebuah muzium khas ‘Komodo Dragon’ pula. 

Pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat mengenai ekosistem dan biodiversiti di pulau itu, dan dokumen saintifik mengenai sejarah serta tapak pelancongan antarabangsa yang dinobatkan sebagai antara tujuh keajaiban dunia.

Sumber: Rileklah

Oleh: Khalie Azmi