'Mustahil Mat Kilau Akan Lepasi Kutipan Avengers: Endgame Di Malaysia' - Syamsul Yusof

Pengarah popular tempatan, Syamsul Yusof yakin bahawa filem terbarunya, ‘Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’ mampu mencatat kutipan maksimum hingga RM60 juta.

'mustahil mat kilau akan lepasi kutipan avengers: endgame di malaysia' - syamsul yusof

Syamsul yang ditemu bual portal akhbar tempatan baru-baru ini, berkata untuk mustahil untuk filem tersebut mengutip jumlah antara RM8- juta hingga RM100 juta berikutan kutipan paling tinggi yang pernah dicatatkan pawagam tempatan adalah menerusi Avengers: Endgame pada 2019.

“Sejujurnya untuk Mat Kilau pergi ke situ agak mustahil. Lagipun saya tak letak sasaran jumlah kutipan sebanyak itu. 

“Namun, setakat ini dengan kekuatan filem itu dan pawagam dijangka menayangnya untuk tempoh sehingga dua bukan, saya akan dapat mencatatkan kutipan maksimum RM60 juta,” katanya.

Sejak ditayangkan pada 23 Jun lalu, Mat Kilau berjaya mengutip RM50.1 juta pada hari ke-12 tayangannya, termasuk di Singapura dan Brunei.

Ia sekaligus berjaya memecahkan rekod filem Munafik 2 yang juga diarahkan Syamsul pada 2018 dengan kutipan sebanyak RM48 juta.

Tambah Syamsul, dia bersyukur kerana filem terbarunya itu berjaya mencipta sejarah sebagai filem tempatan terlaris mendahului Munafik 2.

“Syamsul Yusof tewaskan Syamsul Yusof. Syukur. Ia memang berbaloi. Saya tak nafikan saya memang ‘mental’ nak siapkan filem ini,” katanya.


Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN