Mobile Legends: Bang Bang Professional League Malaysia (MPL MY) Regular Season Musim Ke-12 berakhir pada minggu ini, dengan RSG Malaysia (RSG MY) dan Team SMG menduduki tempat pertama dan kedua untuk merangkul slot Upper Bracket Semi Finals di Playoff. Manakala, HomeBois dan Selangor Red Giants masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat dan bakal bermain di Quater Finals Upper Bracket.
RSG MY mendahului kedudukan dengan 23 mata selepas hanya kalah satu perlawanan sepanjang enam minggu Regular Season – menentang HomeBois pada Minggu 1.
Reaksi RSG MY dan hos MPL MY, Rose selepas berjaya menewaskan RED Esports dan mengakhiri Regular Season dengan kedudukan tertinggi liga.
Team SMG menduduki tempat kedua dengan 19 mata, setara dengan HomeBois di tempat ketiga, akan tetapi mendahului dalam liga disebabkan rekod head-to-head yang lebih baik. Perolehan slot ke Upper Bracket Semi Finals itu sudah pastinya manis Team SMG, kejayaan itu menjadi lebih bermakna setelah menewaskan persaingan rapat mereka, Selangor Red Giants (2-1) di minggu terakhir ini.
Laungan kemenangan Mikko dari Team SMG selepas menewaskan Selangor Red Giants pada hari pertama, minggu ke-6.
RED Esports (6 mata) dan Team Secret (7 mata) tersingkir dari liga musim ini selepas mencatatkan mata tercorot di Regular Season. Team Secret berhempas-pulas untuk mendapatkan kemenangan bersih yang mereka perlukan, akan tetapi kutipan 2 mata selepas menewaskan MPX NSEA pada hari pertama (2-1) tidak cukup untuk menyelamatkan mereka dari penyingkiran.
Sebaliknya, Team Lunatix, yang menamatkan Regular Season dengan mata yang sama dengan Team Secret (7mata), mara ke Playoff walaupun mereka tewas kepada TODAK (0-2) pada Minggu Ke-6 – kerana rekod head-to-head yang lebih baik sewaktu menentang Team Secret. Walaubagaimanapun prestasi dan kecekalan Team Secret di minggu keenam perlu dipuji selepas mencatatkan nama mereka ke dalam buku rekod, dimana perlawanan ketiga mereka menentang MPX NSEA merupakan perlawanan yang paling lama dalam sejarah MPL MY, 41 minit 34 saat.
MAXXX dari Team Secret tidak dapat menahan air matanya selepas perlawanan menentang MPX NSEA.
Season Ke-12 Memecahkan Rekod Tontonan
Musim Ke-12 telah menjadi Regular Season yang paling banyak ditonton dalam sejarah MPL MY, dengan perlawanan antara TODAK dan HomeBois pada Minggu 4 (#MingguDiraja), Hari 2 (#SeruSaturday) memperoleh sebanyak 166,000 Peak Concurrent Viewers (PCV), menurut Esports Charts.
Nota: angka PCV hanyalah bagi penonton di Facebook, TikTok dan YouTube; tidak termasuk tontonan di saluran siaran TV seperti di Astro Arena.
Perlawanan TODAK dan HomeBois pada Minggu 4, Hari 2, di mana kawasan duduk dan berdiri penuh dibanjiri peminat.
Previu Playoffs MPL Malaysia Musim Ke-12
Musim Ke-12 MPL MY akan kembali dengan peringkat Playoff pada 5 hingga 8 Oktober. Dewan Sri Putra di Bukit Jalil, akan menjadi saksi pertarungan sengit 8 pasukan MLBB terbaik Malaysia merebut slot terulung bagi mewakili Malaysia di M5 World Championship (juara MPL MY) dan M5 Wild Card (naib juara MPL MY) – untuk melaksanakan MI5I Malaysia dan menyerlahkan semangat #pantangmengalah diarena antarabangsa.
Pembukaan Playoff akan menyaksikan Team HAQ yang berada di tempat kelima berdepan dengan tempat ketujuh MPX NSEA pada 12:30tgh GMT+8 pada 5 Oktober. Diikuti dengan juara bertahan, TODAK di tempat keenam menentang Pasukan Lunatix di tempat kelapan pada jam 3ptg GMT+8.
Jadual perlawanan MPL MY Playoffs Musim Ke-12.