Di Arab Saudi, Murid Yang Belum Vaksin Dianggap Tak Hadir Ke Sekolah

Bagi mengawal penularan wabak COVID-19 ketika ini, ramai yang sudah dan masih menantikan vaksin, termasuklah para pelajar dan mereka yang bekerja.

di arab saudi, murid yang belum vaksin dianggap tak hadir ke sekolah

Bagi pelajar yang bersekolah di negara Arab Saudi, pengambilan vaksin COVID-19 dianggap wajib kerana pelajar yang belum menerima suntikan vaksin sepenuhnya tidak dibenarkan hadir ke sekolah serta dianggap tidak hadir.

 

Arahan itu dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan Arab Saudi, Hamad Al-Sheikh berhubung garis panduan pembukaan sekolah, lapor Arab News.

 

Menurut Hamad Al-Sheikh, kesemua murid berusia 12 tahun dan ke atas perlu menerima suntikan vaksin sepenuhnya sebelum dibenarkan hadir ke sekolah.

 

Arahan itu terpakai kepada semua pelajar universiti dan pendaftaran mereka akan ditangguhkan sekiranya belum divaksin.

 

“Kami menggesa kepada semua ibu bapa, guru, pihak fakulti dan golongan pelajar berhati-hati dan mengambil inisiatif untuk menerima vaksin,” katanya.

 

Sehingga kini, lebih 33.6 juta dos vaksin sudah diberikan kepada penduduk Arab Saudi dan sebanyak 61.9 peratus populasi sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan.

 

Sumber: [1]