Sejak semalam ada rasa lebih berkobar-kobar tak nak daftar untuk dapat suntikan vaksin COVID-19? Yelah meriah jugaklah WhatsApps KJ lepas Perdana Menteri buat kenyataan.
Ramai duk tanya betul ke boleh rentas negeri kalau dah dapat dos vaksin lengkap…hehehe 😊
Tan Sri Muhyiddin Yassin dah ada bagi hint tu. Bukan takat negeri, negara pun mungkin boleh nanti.
Geng melancong & kaki backpackers selang sebulan ke oversea apa khabar? Tabung dah penuh kan? Tinggal nak penuhkan luggage ngan backpack pulak nanti. Tanda-tanda nak rasa semula jet lag tu macam dah ada. Eccewah! Insya-Allah ada tu nanti rezeki.
Oh ya! Perkara ni bukanlah sejenis insentif tapi lebih kepada kemudahan untuk yang dah dapat suntikan. Yelah ni program sukarela. Rasa suka baru rela. Tak naklah rasa terpaksa. Tak Gituh?
Bagi rakyat belum lagi dapat suntikan apatah lagi yang masih rasa belah bahagi nak daftar ke tak nak mungkin ni boleh jadi galakan. Bulan puasa tinggal beberapa hari je lagi. Kalau tak sempat bukak puasa dan sahur dengan family kat kampung mana tahu ada rezeki raya sama-sama. Kot ada kelonggaran kan untuk yang dapat vaksin lengkap.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19, Khairy Jamaluddin pulak bagi tahu fasa ke-2 pun dah diawalkan. Tarikh asal bermula 19 April ni tapi diawalkan 2 hari ke 17 April. Bagus sangat tu bagi pendapat KJ. Sebab kat hujungnya matlamat kita nak capai imuniti kelompok. Barulah rasa lebih selamat dan aman nak ke sana ke sini! 😀
Oleh: KJ