Selepas WhatsApp Group, Mungkin Akan Ada WhatsApp Community Pula

WhatsApp merupakan aplikasi yang boleh dikatakan penting masa kini dalam berhubung antara satu sama lain.

selepas whatsapp group, mungkin akan ada whatsapp community pula

Salah satu fungsi yang telah tersedia dalam aplikasi itu adalah permesejan berkumpulan atau WhatsApp Group.

.

Mempunyai lebih daripada satu kumpulan mungkin akan memeningkan kita, tambah pula jika kumpulan-kumpulan chat itu mempunyai fungsi yang hampir sama. Misalnya, WhatsApp Group tempat kerja yang mungkin mempunyai beberapa sub-kumpulan kecil dengan ahli yang hampir serupa.

.

Bagi menyelesaikan masalah itu, WhatsApp dikatakan sedang menguji fungsi Community, dimana kita boleh mengemas ruangan chat berkumpulan kepada satu kelompok besar.

selepas whatsapp group, mungkin akan ada whatsapp community pula

Dikongsikan oleh WABetaInfo, fungsi yang kini sedang diuji dalam mod Beta akan membolehkan pengguna menghantar pesanan yang sama kepada semua ahli kumpulan yang berada dalam community yang sama.

.

Pendek kata, ia berfungsi sebagai mengemas WhatsApp Group sedia ada dibawah satu kumpulan besar.

.

"Ia seperti kumpulan sembang dan pentadbir kumpulan dapat memautkan kumpulan lain dalam Komuniti," kata WABetaInfo.

.

Meskipun begitu, WhatsApp masih belum mengesahkan sama ada akan melancarkan fungsi ini kepada umum ataupun sekadar ujian sahaja.

.

Sumber: [1]