Pemakaian pelitup separuh muka menjadi satu kewajipan ketika ini jika anda berada ditempat awam, bertujuan memutuskan rantaian wabak COVID-19.
Jika anda mendapati wajah anda khasnya pada kawasan hidung dan mulut menjadi ‘breakout’ disebabkan pemakaian pelitup muka ini, jangan bimbang kerana masalah itu turut dihadapi oleh ramai orang serata dunia.
Disebut sebagai ‘maskne’ iaitu mask acne, ia adalah kesan biasa disebabkan pemakaian pelitup muka. Namun, maskne bukanlah satu-satunya punca kenapa wajah anda naik jerawat atau breakout teruk, ia mungkin terjadi disebabkan oleh daripada masalah kulit anda sendiri.
Dalam kebanyakan kes, maskne terjadi hasil dari liang pori wajah yang tersumbat. Kulit wajah anda sudah mempunyai minyak, bakteria, dan sel kulit mati. Apabila anda memakai face mask, bahan ini terhasil dengan lebih banyak dan menyekat lagi liang pori anda.
Memakai face mask dalam satu tempoh masa yang panjang juga boleh memerangkap wap udara yang lembap akibat pernafasan dan peluh, yang mana ini boleh meningkatkan risiko jerawat.
Sebab lain yang mungkin berlakunya breakout apabila memakai facemask adalah geseran. Bahan pada facemask boleh menggosok kulit anda, menyebabkan kegatalan dan kerengsaan.
Atau, anda juga mungkin sensitif atau alergi terhadap bahan pada face mask anda. Sebilangan facemask dihasilkan dengan bahan kimia atau permukaan yang agak kasar pada kulit. Tambah lagi, facemask yang telah dicuci dengan pencuci wangi juga boleh menyebabkan kegatalan.
Berikut adalah cara mengatasi masalah maskne:
- Cuci muka dengan kerap, sekali pada waktu pagi, sekali sebelum tidur dan selepas berpeluh semasa memakai pelitup muka.
- Gunakan pencuci muka yang mempunyai benzoyl peroxide atau salicylic acid.
- Gunakan pelembap wajah
- Elakkan pemakaian make-up
- Jika anda membasuh pelitup muka jenis fabrik, gunakan pencuci yang tidak wangi dan daripada jenis hypoallergenic.
- Jangan gunakan pelitup muka jenis pakai buang berulang kali.
- Buka pelitup muka selama 15 minit setiap 4 jam ditempat yang tidak mempunyai orang disekeliling anda.
- Pilih facemask yang sesuai dengan saiz dan wajah anda
- Elak dari memakai pelitup muka dari fabrik jenis sintetik, seperti nylon atau rayon.
Dalam apa keadaan sekalipun, ingatlah untuk sentiasa memakai pelitup muka dengan betul ketika berada ditempat awam. Sama-sama kita putuskan rantaian wabak COVID-19.
Sumber: Healthline