Sayu Lihat Monyet Berkali-Kali Kejut Tuannya Yang Dah Meninggal Dunia

Haiwan turut mempunyai perasaan sama seperti manusia. Ini dapat dilihat menerusi satu video yang tular di Facebook baru-baru ini.

sayu lihat monyet berkali-kali kejut tuannya yang dah meninggal dunia

Video dan foto yang menyayat hati menunjukkan seekor monyet berkali-kali cuba mengejutkan tuannya yang sudah meninggal dunia, membuatkan ramai berasa sebak.

 

“Seekor monyet memberi penghormatan di pengebumian tuannya di Batticaloa,” demikian menurut kapsyen pada posting itu.

 

Dalam video itu, monyet berkenaan dilihat duduk dekat dengan kepala mayat tuannya yang sering menjaga dan memberi makan kepadanya sebelum dia meninggal dunia di Batticaloa, Sri Lanka.

 

 

Monyet itu turut membelai kepala tuannya malah tunduk memberi penghormatan terakhir. Ia juga sempat mencium mayat tuannya itu dan cuba mengangkat tangannya selepas sedar dia tidak lagi menunjukkan sebarang reaksi.

Sumber: India Today