Minyak Shell FuelSave 95 Baharu Kini Mampu Bertahan Hingga 15 KM

Pening nak pilih minyak yang berikan kualiti yang baik? Jangan risau lagi kerana hari ini Shell Malaysia telah memperkenalkan Shell FuelSave 95 baharu yang mampu memberikan sehingga 15 kilometer (KM) lebih jauh untuk setiap tangki yang penuh. 

Seperti yang kita tahu, Shell adalah antara peruncit bahan api terbesar di dunia dan pelancaran Shell FuelSave 95 baharu ini adalah salah satu inovasi mereka untuk membangunkan produk mobiliti yang lebih baik kepada pelanggannya. 

minyak shell fuelsave 95 baharu kini mampu bertahan hingga 15 km

“Shell sentiada berinovasi dan menambah baik tawaran kami agar pelanggan kami mendapatkan perjalanan yang terbaik seiring dengan keperluan pelanggan yag sentiasa berubah”, kata Seow Lee Ming, Pengurus Besar Mobiliti, Malaysia. 

 ‘Better By Far’ atau ‘Ternyata Lebih Jauh’ adalah janji Shell dalam menawarkan penyelesaian mobiliti baharu. Shell FuelSave 95 baharu kini mampu memberikan sehingga 15KM lebih jauh. 

“Ianya merupakan satu penghormatan kepada saya dan pasukan saya untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik di lebih 1,000 stesen-stesen kami di seluruh negara. 

“Kami berharap Shell akan terus menjadi pilihan kegemaran pelanggan ketika di jalan raya”, tambah Seow Lee Ming. 

minyak shell fuelsave 95 baharu kini mampu bertahan hingga 15 km

Selain daripada memberikan sehingga 15 KM lebih jauh, Shell FuelSave 95 baharu juga mampu membersihkan secara mendalam untuk enjin dan melindungi semua jenis enjin daripada hakisan. 

Lebih menarik, bermula 1 Mac sehingga 30 April 2023, 150 rakyat Malaysia berpeluang untuk memenangi minyak secara percuma selama 15 bulan apabila mereka mengisi RM50 Shell FuelSave 95 baharu.