Amalkan Minum Air Teh Bunga Telang Ketika Demam Dan Sakit Badan, Memang Berkesan

amalkan minum air teh bunga telang ketika demam dan sakit badan, memang berkesan

Ramai di antara kita yang tidak familiar dengan Teh Bunga Telang ini. Berdasarkan namanya sahaja, semestinya lah teh ini diperbuat dari Bunga Telang atau lebih dikenali sebagai Clitoria Ternatea dan sering digunakan untuk membuat Nasi Kerabu. 

 

Bagi anda yang tidak tahu, Bunga Telang ini mempunyai banyak manfaat yang baik dan ianya boleh melegakan sakit badan dan demam. Bukan sahaja warnanya yang unik, rasanya juga sedap dan manis tau! Jadi anda jangan takut untuk mencubanya. 

amalkan minum air teh bunga telang ketika demam dan sakit badan, memang berkesan

Kalau anda demam atau sakit badan, anda patut cuba resepi air teh ini. Tidak perlu banyak bahan pun. 

Perkongsian ini dibuat oleh Dr Rizal Abu Bakar di laman Facebook miliknya. Dan menurutnya lagi, Bunga Telang ini telah banyak digunakan dalam perubatan Ayurveda dan tradisional Cina untuk redakan demam. 

“Saya pun dah berjinak-jinak dengan supertea ni,” kata Dr Rizal. 

 

Air teh bunga telang ini adalah versi paracetamol natural tau. Ia mempunyai sifat anti-pyretic. Saluran darah bawah lapisan kulit dilebarkan. Udara akan sejukkan darah dan ia akan membantu menurunkan suhu panas badan. 

 

Teh ini juga boleh membantu menyingkirkan toksin melalui air kencing kerana ia bersikap diuretik. 

 

Ini adalah resepi mudah untuk membuat air teh bunga telang: 

  • 4/5 helai bunga telang 

  • Madu asli 

  • Jus perahan limau kasturi 

  • Air 

 

Cara penyediaan: 

  1. Masukkan air panas ke dalam bekas tahan haba dan masukkan bunga telang.

  2. Kacau dan tunggu sehingga bertukar warna, kemudian tapis. 

  3. Biarkan sejuk seketika.

  4. Masukkan jus limau dan madu. 

  5. Kacau dan siap diminum. 

 

Walau bagaimanapun, kalau anda tak dapat nak cari bunga telang yang original, anda juga boleh menggunakan bunga telang kering organik. Selamat mencuba! 

 

Sumber: Facebook @DrRizalAbuBakar