“Salah Ke Saya Bercinta Dengan Suami Orang?,” Wanita Dalam Dilema Minta Pendapat

Perkahwinan merupakan suatu ikatan antara dua individu yang saling mencintai untuk menjalani kehidupan bersama. Pun begitu, tidak semua perkahwinan boleh dilakukan dengan mudah, sama seperti yang dialami oleh seorang wanita ini.

 

Menerusi satu hantaran video di Tiktok, wanita berkenaan bertanyakan kepada orang ramai, adakah menjadi kesalahan buatnya untuk berkahwin dengan lelaki berstatuskan suami orang.

 

“Salah ke saya bercinta dengan suami orang?” soalnya.

“salah ke saya bercinta dengan suami orang?,” wanita dalam dilema minta pendapat

Ujar wanita itu, beliau pernah terlintas untuk menamatkan hubungan tersebut namun disebabkan hati masih sayang, mereka berdua terus mempertahankan hubungan itu.

 

Justeru, beliau meminta pendapat daripada orang ramai mengenai hubungan itu, memandangkan mereka bakal berkahwin tahun hadapan.

 

“Saya tak sanggup tengok wajah isteri dia. Dia pun tak nak lepaskan saya, kami dah nak kahwin tahun depan.

“Saya sedar saya berkawan dengan suami orang. Apa patut saya buat? ‘Korang’ boleh bagi pendapat tak? Saya sayang dia. Apa yang terbaik tolong saya,” soalnya lagi.

“salah ke saya bercinta dengan suami orang?,” wanita dalam dilema minta pendapat

Daifahamkan, wanita itu telah pun dibawa untuk berjumpa dengan isteri teman lelakinya, dan meminta agar orang ramai mendoakan yang terbaik buatnya.

“salah ke saya bercinta dengan suami orang?,” wanita dalam dilema minta pendapat

Hantaran itu menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi berbeza daripada netizen. Ada juga yang menggesa wanita itu untuk berlaku jujur kepada isteri lelaki berkenaan sebelum mereka berkahwin mengikut kepada cara yang betul.

 

Malah, ada juga yang menasihati wanita itu untuk tidak meneruskan perkahwinan kerana ia akan merosakkan rumah tangga orang lain.

 

Apa pula pendapat anda?

 

Sumber: Tiktok