Bekas Ahli AOA, Mina Tertipu Dengan Penjual Beg Tangan Hermès

Bekas ahli kumpulan terkenal K-pop Mina, yang berkeinginan untuk memiliki sebuah beg tangan mewah jenama Hermès tidak kesampaian kerana dia telah ditipu.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Mina yang dahulunya ahli kumpulan AOA, kejadian itu terjadi selepas dia membeli membeli beg tangan berkenaan dalam sebuah aplikasi barangan terpakai.

Menurutnya, Mina dan penjual tersebut melakukan kaedah pertukaran beg mewah antara satu sama lain.

“Bukan saya ditipu dari segi wang, tetapi kami patutnya bertukar bag tangan. Jadi saya hantar kepadanya sebuah beg tangan bernilai 50 juta won (RM173,782).

“Dia terima beg yang dikirim saya tetapi tidak mengirim tas tangan Hermès seperti dijanjikan. Tiba-tiba penjual itu menghilangkan diri,” dedahnya.

Sumber: Kosmo