Masih ada orang yang tak tahu macam mana rasa migrain. Tetapi, secara asasnya migrain ni sakit kepada bahagian kepala yang menyerang secara berulang. Kebiasannya, sakit tersebut pada sebelah bahagian kepala sahaja. Tapi, kalau dah terlalu sakit dan tak tahan elok lah dapatkan nasihat doktor.
Ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh pesakit migrain. Mereka yang ada masalah ini perlu mengelak minuman yang mengandungi kafein yang tinggi. Selain itu, mereka juga perlu elakkan rasa tertekan.
Bukan itu sahaja, pesakit migraine perlu mendapatkan tidur dan rehat yang secukupnya. Amalkan diet yang seimbang dan elakkan daripada mengambil makanan masin, proses dan berkeju.
Sumber: Twitter KKM