Michelle Yeoh Dinobat Antara 100 Individu Paling Berpengaruh Majalah TIME 2022

Pelakon, model dan penerbit kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi melakar penanda aras baru dalam kariernya selepas diangkat dalam senarai 100 Individu Paling Berpengaruh Majalah TIME 2022.

michelle yeoh dinobat antara 100 individu paling berpengaruh majalah time 2022

Majalah berprestij itu menggambarkan Yeoh sebagai seorang bangsawan jelita kelahiran Malaysia yang menjadi ratu pawagam aksi yang didominasi lelaki Hong Kong.

Beliau juga merupakan peneraju dalam filem Hollywood pertama yang dibintangi semua pelakon Asia, Crazy Rich Asians yang turut menampilkan seorang lelaki pelakon kelahiran Malaysia, Henry Golding.

“Tanpa kesombongan, tanpa kekecohan, Michelle Yeoh memukau kami dengan kejujuran, jenaka, dan keanggunannya dan menyedari kami tidak akan pernah puas dengan dia yang mencapai perkara mustahil,” tulis Time.

Pada 2021, beliau juga membintangi filem Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings.

Tahun ini, beliau sekali lagi menyampaikan satu lagi persembahan menakjubkan melalui wataknya sebagai Evelyn Wang, yang dikatakan hampir menyerupai dirinya, dalam filem Everything Everywhere All at Once.

Michelle Yeoh dilahirkan pada 6 Ogos 1962, di Ipoh.

Pada 1983, beliau memenangi mahkota Miss Malaysia sekaligus menandakan permulaan kerjayanya.

Beliau kemudian membintangi iklan dengan Jackie Chan yang kemudian membuka jalan kepadanya untuk memperoleh watak dalam filem seni mempertahankan diri tidak lama selepas itu.

Pada tahun 1985, beliau mula menceburi dunia filem aksi dengan D&B Films di Hong Kong.


Sumber: [1]