MetMalaysia Uji Siren Amaran Awal Tsunami Di Mersing

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM) di Menara Tanjung Mersing, Johor hari ini dari jam 9.30 hingga 10.30 pagi.

metmalaysia uji siren amaran awal tsunami di mersing

Menerusi entri di Twitter, MetMalaysia menasihatkan penduduk di kawasan sekitar menara tersebut supaya tidak panik dengan bunyi siren terbabit.

Sebarang perubahan terhadap pelaksanaan ujian tersebut akan dimaklumkan.


Sumber: [1]