Meteor Jatuh Tembus Siling Rumah, Mendarat Di Katil Seorang Penduduk Kanada Ini

Malang sememangnya tidak berbau. Sebarang kecelakaan berkemungkinan terjadi walaupun ketika kita sedang berada dalam situasi yang cukup selamat dan terjaga.

meteor jatuh tembus siling rumah, mendarat di katil seorang penduduk kanada ini

Dalam satu kejadian mengejutkan yang berlaku di Kanada, seorang wanita mengalami situasi berbahaya yang hampir menyebabkannya tercedera.

Ruth Hamilton yang pada ketika itu sedang nyenyak tidur serta-merta terjaga akibat bunyi ledakan yang didengarinya.

Tidak pasti apa yang harus dilakukannya, dia kemudian menghubungi 911.

Tidak lama selepas itu, sebuah meteorit yang digambarkan sebesar tembikai jatuh menembusi siling dan mendarat di tempat tidur Ruth.

“Saya gementar dan ketakutan ketika ia berlaku, saya fikir seseorang telah melompat atau itu pistol atau sesuatu. Rasanya hampir lega apabila kita menyedari bahawa ia sesuatu yang berkemungkinan jatuh dari langit,” katanya.

Ruth bagaimanapun bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan daripada kejadian itu.

Namun, lapor laman berita Victoria News, kejadian itu meninggalkan Ruth dengan perspektif baru mengenai kehidupan.

“Satu-satunya perkara yang dapat saya fikirkan ialah hidup itu berharga dan ia boleh tamat pada bila-bila masa, walaupun anda menganggap anda selamat dan terjamin di tempat tidur anda,” tambahnya.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN