Lionel Messi, Pemain Yang Cemerlang Dalam Kontroversi!

Daripada 2004 kita bercerita pasal Messi ni… tapi sampai sekarang dia tetap berjaya jadi tajuk utama. Auranya tidak pernah dalam tempoh yang dikira cukup lama ini.

 

Tonggak Barcelona itu sekali lagi curi tumpuan media. Yea, terbaru, Lionel Messi jaringkan 1 gol untuk bantu Barcelona kalahkan Athletic Bilbao pada aksi La Liga. Hasil daripada kemenangan tu, Barca berjaya pintas musuh tradisinya, Real Madrid untuk duduki tangga kedua liga.

 

Gol Messi terhasil daripada sepakan percuma. Bukan kali pertama ini berlaku. Dah 49 kali dia jaringkan gol daripada situasi ini sepanjang kariernya bersama Barcelona. Tapi apa yang istimewa sangat kali ni sampai artikel ini terpaksa dicetuskan? 

lionel messi, pemain yang cemerlang dalam kontroversi!

Sebenarnya, gol Messi ni merupakan gol ke-650 nya untuk Barca. Sebelum ni Messi dah pun mengatasi rekod legenda bola sepak, Pele untuk gol terbanyak bagi sesebuah pasukan iaitu 643. 

Tapi bukan tu je ceritanya. Messi mencecah 650 gol ini dalam situasi penuh kontroversi. Sebabnya, sebuah akhbar di Sepanyol telah mendedahkan butiran kontrak Messi bersama Barcelona yang bernilai hampir 500 juta pound - didakwa yang terbesar dalam sejarah sukan! Kontrak tersebut dipersetujui pada 2017 dan akan tamat pada hujung musim ini. Pergh, banyak gila!!!

lionel messi, pemain yang cemerlang dalam kontroversi!

Barca bagaimanapun keluarkan kenyataan bahawa pihaknya tidak bertanggungjawab terhadap butiran yang didedahkan itu. Malah, Barca dikatakan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar tersebut. Ye lah, benda PnC macam ni mana boleh dedahkan suka-suka kan?

lionel messi, pemain yang cemerlang dalam kontroversi!

Kontrak Messi yang mahal ni dikaitkan dengan kejatuhan Barca dalam saingan Liga Juara-Juara. Sebab gaji Messi yang terlalu tinggi ni Barca dikatakan tidak mampu mendapatkan pemain berkualiti untuk perkuatkan pasukan. 

 

Tapi itu rezeki dia kan. Taraf dia bukan lagi superstar, dan sampai megastar dah !

 

Oleh: Karami Kamel