Sambutan Pembukaan Perdana Astro Experience Store Disambut Meriah, Pelakon Projek: High Council Pun Ada

Baru-baru ini Astro telah meraikan pembukaan perdana yang terbesar Astro Experience Store di IOI City Mall, Putrajaya. Kedai baharu ini telah menawarkan pengalaman yang luar biasa dalam menerokai kepelbagaian produk dan perkhidmatan Astro. 

Pembukaan ini bertambah meriah dengan persembahan hebat daripada Jaclyn Victor dan Datuk Syafinaz Selamat selain penampilan maskot-maskot kesayangan dan juga sesi bertemu peminat bersama para pelakon Projek: High Council serta banyak lagi aktiviti menarik kepada para pelanggan yang hadir. 

sambutan pembukaan perdana astro experience store disambut meriah, siap ada pelakon projek: high council

“Kami amat bergembira dengan pembukaan Astro Experience Store yang kedua di Kuala Lumpur. Kami telah membuka kedai pertama kami di Pulau Pinang dan berjaya menarik minat di kalangan ramai pelanggan. 

“Kami berhasrat untuk menguatkan lagi pengalaman Astro di kalangan para pelanggan kami dan menunjukkan pelbagai tawaran terkini dan terbaik daripada Astro”, kata Euan Smith, bakal Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro

Para pelanggan juga boleh menguji kesemua ciri Ultra Box termasuk keupayaan 4K UHD, menanyakan nilai hebat pek-pek TV Astro, mengetahui dengan lebih lanjut tentang aplikasi Astro Fibre atau cara-cara untuk berhibur dengan aplikasi Astro GO secara ‘on the go’.

Lebih menarik, para pelanggan yang hadir berpeluang untuk membeli TV 4K atau komputer riba Levono hanya pada RM1 apabila mereka mendaftar atau menaik taraf untuk beberapa perkhidmatan Astro. Pada masa yang sama, para pelanggan Astro boleh menunjukkan aplikasi My Astro untuk memenangi hadiah-hadiah eksklusif di Astro Experience Store.

Astro Experience Store berada di tingkat tiga, IOI City Mall dan menyediakan ruang yang hebat untuk para pembeli mencuba produk dan perkhidmatan Astro untuk rumah mereka serta secara ‘on the go’. 

Antara kempen-kempen yang giat dijalankan adalah:

  • Kempen WiFi Kencang + Pek Movies* yang menawarkan para pelanggan penjimatan RM29 apabila mereka melanggan WiFi Kencang 50Mbps dengan Pek Movies.

  • Tawaran eksklusif* untuk para pelanggan menikmati diskaun sehingga 6 bulan untuk pembelian pek terpilih di Astro Experience Store.