Sering kali kita melihat kawasan perkuburan kebiasaannya terletak jauh atau terpisah dari kawasan perumahan kerana ia dianggap sebagai satu kawasan keramat.
Ada juga yang beranggapan bahawa ia adalah tempat yang menakutkan.
Tetapi lain pula dengan tanah perkuburan yang satu di Indonesia ini yang ia terletak bersebelahan rumah penduduk kampung lokasinya.
Menerusi satu video TikTok yang dimuat naik oleh @aadii_namina, kebanyakan kubur tersebut berbaris di halaman penduduk kampung tersebut yang mana mereka juga sepertinya tidak teragak-agak untuk tinggal di rumah yang dikelilingi persekitaran sebegitu.
Malah apabila membuka pintu, pemilik rumah di kawasan itu agar segera diperlihatkan dengan pemandangan tanah perkuburan.
Menurut pemahaman daripada video tersebut, penduduk di kampung itu juga sudah biasa hidup dengan kubur yang berada di deretan rumah mereka sejak beberapa dekad lalu justeru mereka tidak lagi takut.
Kebanyakan kubur yang terletak di halaman hadapan rumah penduduk kampung itu berbentuk kemas dan dibina menggunakan seramik.
Mengikut lokasinya, kampung tersebut bernama Kampung Makam dan terletak di bahagian Jawa Barat, Indonesia.
“Ini rumah di hadapan kubur, ini jalan ke sana,” kata lelaki dalam video itu.
Di lokasi sama juga, terdapat beberapa kubur baru yang masih terdapat bunga segar di atasnya.
Sementara itu, salah seorang penduduk yang tinggal di situ mengakui dia sudah biasa dengan suasana tanah perkuburan di sekitar rumahnya.
Sumber: [1]