Menteri Korea Selatan Sanggup Tulis Surat Rasmi Untuk Tunda Kemasukan BTS Ke Tentera

Terdahulu, Korea Selatan pernah mengumumkan mengenai kewujudan dan penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Ketenteraan BTS yang membolehkan seseorang penggiat budaya pop itu menangguhkan perkhidmatan ketenteraan mereka, secara bersyarat.

menteri korea selatan sanggup tulis surat rasmi untuk tunda kemasukan bts ke tentera

Sehubungan dengan itu, mereka yang berupaya untuk dipertimbangkan bawah akta tersebut haruslah terlebih dahulu mendapat rekomendasi daripada Kementerian, Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan sebelum dibenarkan untuk menangguh perkhidmatan terbabit.

Susulan itu, baru-baru ini, Menteri Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea Selatan, iaitu Hwang Hee mendedahkan bahawa dia ‘sanggup’ menulis rekomendasi untuk mereka.

Katanya, “Walaupun BTS masih belum mengemukakan permohonan untuk penangguhan, saya pasti akan menulis rekomendasi untuk mereka.”

Namun terdapat sebilangan pihak yang berpandangan bahawa undang-undang terbabit hanya boleh diguna pakai BTS.

Hwang Hee bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut dengan berkata, “Kami akan mempertimbangkan keadilan, kesamarataan, dan pendapat Kementerian Pertahanan Nasional.”

Menurut sistem penangguhan perkhidmatan ketenteraan yang dikhususkan untuk penggiat budaya pop itu, seseorang individu yang telah memberikan sumbangan yang signifikan terhadap peningkatan prestij nasional dibenarkan untuk menangguh pendaftaran mereka sehingga usia 30 tahun.

 

Sumber: [1]