Menara Eiffel Kini Punya Ketinggian Baru Selepas Dipasang Antena!

Menara Eiffel di Paris, Perancis mencatatkan ketinggian baru pada paras 330 meter atau 1,083 kaki selepas sebuah antena radio dipasang di atasnya.

menara eiffel kini punya ketinggian baru selepas dipasang antena!

Menara yang telah dibina sejak abad ke-19 itu menyaksikan ketinggian barunya selepas antena audio digital DAB+ dipasang di puncaknya dengan menggunakan sebuah helikopter pada Selalu lalu.

Ketinggiannya sebelum ini dicatatkan pada 324 meter.

Menara tersebut mula dibina pada 28 Januari 1887 oleh Gustave Eiffel, kira-kira 135 tahun lalu.

Ia dirasmikan pada 15 Mac 1989 sebelum dibuka kepada pengunjung pada 31 Mac tahun yang sama.


Sumber: [1]