Menangis adalah cara seseorang menunjukkan emosi, bermula daripada kelahiran sehingga kepada kematian, menangis adalah penting tanpa mengira ia positif atau negatif.
![jangan tahan, menangislah, ia bantu anda rasa lebih bahagia!](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/cry.jpg)
Menurut World Economic Forum, seseorang yang pernah menangis selepas menonton filem sedih akan berasa lebih gembira selepas itu.
![jangan tahan, menangislah, ia bantu anda rasa lebih bahagia!](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/p04wfv0k.jpg)
Tambah lagi, di Jepun, seorang guru yang menggelar dirinya guru air mata, Hidefumi Yoshida berkata, tindakan menangis adalah lebih berkesan untuk mengurangkan tekanan, berbanding dengan ketawa.
.
Malah, dalam kajian 30 negara, kebanyakan responden mengaku berasa lebih baik selepas menangis, sementara lebih daripada 70% pengamal klinikal secara aktif menggalakkan pelanggan menangis. Ini disokong dengan fakta bahawa dengan menangis, ia melambatkan pernafasan anda, yang membantu anda berehat, dan merangsang penghasilan endorfin yang baik.
![jangan tahan, menangislah, ia bantu anda rasa lebih bahagia!](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot_305.png)
Anda sudah menangis hari ini?
.
Sumber: Hello Doktor