Baucar Fred Perry dan Banyak Hadiah Ekslusif Menanti Pemenang SYOK Spin To Win – Edisi Rakita!

Sempena meraikan serta lebih memeriahkan pengguna aplikasi SYOK, Rakita dan SYOK menganjurkan peraduan dalam talian SYOK SPIN TO WIN – Edisi Rakita, dari 9 hingga 15 Januari 2023.

baucar fred perry dan banyak hadiah ekslusif menanti pemenang syok spin to win – edisi rakita!

Peraduan ini boleh disertai di aplikasi SYOK di mana  peserta berpeluang memenangi pelbagai hadiah seperti baucar RM500 FRED PERRY, barangan eksklusif RAKITA, barangan eksklusif dari band indie tempatan, jersi eksklusif Malaysia dari MYSUKAN TV, jersi dan t-shirt eksklusif dari ESPORTS INTEGRATED (ESI) dan juga t-shirt eksklusif daripada SYOK!

 

Caranya mudah sahaja! Anda hanya perlu menjawab tiga (3) soalan dengan betul yang akan melayakkan mereka untuk memutar roda SPIN TO WIN. Langkah menyertai peraduan seperti berikut;

  1. Muat turun aplikasi SYOK dari Apple Appstore (iOS), Google Playstore (Android) atau Huawei AppGallery (untuk pengguna Huawei sahaja).
  2. Lancarkan aplikasi SYOK.
  3. Pergi ke tab 'PLAY' dan klik pada ‘SYOK Spin To Win’.
  4. Isikan butiran untuk log masuk.
  5. Jawab tiga (3) soalan dengan betul untuk layak memutarkan roda.
  6. Putar roda untuk menuntut hadiah!

baucar fred perry dan banyak hadiah ekslusif menanti pemenang syok spin to win – edisi rakita!

Setiap peserta hanya boleh memutar roda dua kali sehari, dengan syarat mereka telah menjawab kesemua enam (6) soalan dengan betul (iaitu tiga (3) soalan untuk setiap percubaan putaran roda). Setiap peserta juga hanya boleh memenangi dua (2) hadiah sepanjang tempoh peraduan.

 

Para peserta mestilah mematuhi mekanisme peraduan seperti yang tertera dan tertakluk kepada perubahan, dipinda, dimaklumkan atau diberitahu oleh penganjur semasa tempoh peraduan.

 

Tarikh peraduan: 9 hingga 15 Januari 2022

**Tertakluk pada terma dan syarat