Menakjubkan, Fenomena Aurora Landa Dunia Semalam!

Dunia dilanda dengan fenomena menakjubkan semalam, iaitu fenomena ribut matahari yang menghasilkan Aurora! Meski Malaysia tidak tersenarai antara negara yang berupaya menyaksikan fenomena itu, tapi ia sikit pun tidak pudarkan keterujaan orang ramai yang rata-ratanya terpesona melihat koleksi foto Aurora yang dikongsikan di media sosial semalam. 

Secara ringkasnya, fenomena ribut suria (matahari) terjadi apabila berlakunya letusan besar di permukaan matahari sehingga menyebabkan zarah bertenaga tinggi dari matahari melepasi ruang angkasa dan memasuki medan magnet bumi di kutub utara dan selatan. Hasil interaksi antara zarah ribut suria dan zarah lain yang berada di lapisan atmosfera bumi itu kemudian mencetuskan cahaya berwarna seperti biru, hijau dan jingga yang digelar sebagai Aurora! Antara negara yang begitu sinonim dengan Aurora termasuk negara berhampiran kutub seperti Norway, Iceland, Finland dan New Zealand!

Berikut SYOK kongsikan beberapa foto menakjubkan yang sempat ditangkap oleh penduduk dunia ketika fenomena ribut matahari semalam!

 

  • Scotland

 

  • Norway

 

  • Ireland

 

  • Finland

 

  • New Zealand