Membaca Bukan Lagi Hobi Pilihan Murid Sekolah

Ingat tak dulu, masa sekolah rendah, kita kena isi borang pasal hobi dan cita-cita?

Masa tu antara hobi 'cliche' termasuklah membaca, berbasikal, menonton televisyen dan mengumpul setem.

membaca bukan lagi hobi pilihan murid sekolah

Tapi..... Laporan Pentaksiran dan Kajian Perbandingan Antarabangsa, PISA 2018 mendedahkan, membaca bukan lagi hobi yang digemari oleh murid sekolah berbanding kira-kira 10 tahun lalu.

membaca bukan lagi hobi pilihan murid sekolah

Dapatan PISA 2018 menunjukkan murid hanya membaca apabila terpaksa ataupun untuk tujuan tertentu sahaja.

Menurut laporan tu lagi, era digital ketika ini juga telah menyebabkan penggunaan bahan bercetak berkurangan.

Mana taknya, semua berita dan artikel boleh didapati dengan mudah secara online.

membaca bukan lagi hobi pilihan murid sekolah

Sebenarnya tak kisahlah macam mana nak dapatkan bahan bacaan sama ada online atau bercetak, yang penting membaca tu perlu jadi sebahagian daripada rutin harian kita.

Membaca kan jambatan ilmu, tak gitu?

membaca bukan lagi hobi pilihan murid sekolah

Selain daripada tambah ilmu, membaca juga boleh bantu kita elakkan diri daripada aktiviti kurang sihat ketika masa lapang macam 'membawang' kat media sosial tu, oops!

Selamat membaca semua!

P/s: PISA mula diperkenalkan pada 2000 dan ditadbir setiap 3 tahun oleh Pertubuhan kerjasama Ekonomi dan Pembangunan di Perancis.

Oleh: Izzati Amir