Megah Bak Istana, Rumah Agam Di Tengah Sawah Indonesia Ini Jadi Bualan Ramai

Sering kali kita melihat kelibat rumah-rumah agam yang didirikan di kawasan bandar.

megah bak istana, rumah agam di tengah sawah indonesia ini jadi bualan ramai

Namun, lain pula di negara seberang ini yang mama sebuah rumah agam persis istana ditemui di kawasan desa.

Menerusi satu entri yang dimuat naik di Twitter, seorang pengguna berkongsi foto sebuah rumah agam serba putih yang kelihatan mewah dan luas.

Bagaimanapun, yang paling menangkap perhatian adalah rumah tersebut yang dibina di tengah kawasan sawah.

Entri tular itu sekali gus membuatkan ramai warganet tertanya-tanya siapakah gerangan pemilik rumah tersebut.

Memetik laporan media tempatan, rumah itu dikhabarkan terletak di daerah Tawangmangu, Karanganyar, Jawa Tengah.

“Sekiranya anda pergi ke Tawangmangu, anda pasti akan melihat rumah ini. Sebenarnya, siapa yang memiliki rumah ini?” tulis pengguna Twittter tersebut.

Kebetulan, tidak lama selepas itu, muncul seorang pengguna lain yang menjelaskan bahawa rumah agam itu sememangnya ialah milik seorang saudagar kaya.

Turut tidak ketinggalan, ada yang mengatakan bahawa rumah agam itu digelar Villa Putih, dan sebenarnya dimiliki ahli perniagaan bernama Setiawan Djodi, yang juga cucu kepada pahlawan negara Indonesia, iaitu Dr. Wahidin Sudiro Husodo.

Apa-apa pun, cantik kan reka bentuk rumah ni?

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN