Setiap tahun, tech geek pasti menantikan kehadiran acara terbesar dunia berkenaan peranti. Mobile World Congress atau MWC sering diadakan pada suku pertama setiap tahun.
Bagaimanapun, acara itu tidak dapat dijalankan pada tahun ini berikutan penularan wabak novel Koronavirus ataupun COVID-19. MWC sepatutnya dijualkan berlangsung pada 24 hingga 27 Februari ini di Barcelona terpaksa dibatalkan.
Dalam satu kenyataan, GSMA CEO, John Hoffman berkata, demi keselamatan dan kesihatan sejagat, acara terbesar dunia itu terpaksa dibatalkan.
Pada tahun ini majority tetamu MWC 2020 adalah pembuat telefon dari China. Bagaimanapun, beberapa syarikat seperti LG, ZTE and Ericsson membuat keputusan untuk menarik diri daripada menyertai pameran tersebut.
Sehingga hari ini lebih 42,000 kes melibatkan virus yang bermula dari Wuhan, China itu dan lebih 1000 kematian dilaporkan. Jadi, elok sangatlah acara ini dibatalakan sebelum menjadi lebih teruk.
Sumber: The Verge