Makin Menyerlah, Mbappe Pengganti Messi & Ronaldo?

makin menyerlah, mbappe pengganti messi & ronaldo?

Kalau ada peminat bola sepak yang tak kenal Kylian Mbappe ni tipu la. Wonderkid yang telah memenangi semua kejuaraan di Perancis bersama Monaco dan PSG. Mbappe juga dah menjulang trofi Piala Dunia bersama Perancis pada 2018. Masa tu Mbappe baru berusia 19 tahun. Cuba fikir balik, korang ( aku pun ) masa umur 19 tahun tengah buat apa? Hmm. Terus rasa kerdil kan?

Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi dah mendominasi dunia bola sepak lebih sedekad. Apa lagi istilah yang sesuai selain dominasi kan kalau dah dia berdua je berebut Anugerah Balon d’Or tu. Tapi sekarang ni kedua-duanya dah berada pada penghujung karier. Ronaldo dah berusia 36 tahun manakala Messi pula bakal mencecah usia 34 tahun. 

makin menyerlah, mbappe pengganti messi & ronaldo?

Kylian Mbappe antara yang disebut-sebut sebagai pengganti kepada kedua-dua superstar dunia bola sepak ini. Jadi, aksi pertama pusingan 16 terbaik antara Barcelona dengan PSG merupakan antara topik hangat dalam kalangan peminat bola sepak.

makin menyerlah, mbappe pengganti messi & ronaldo?

Barca terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Lionel Messi. Siapa lagi kan? Takkan Gerard Pique pulak. Messi menyempurnakan sepakan penalti sekaligus menyamai rekod legenda Real Madrid, Raul - menjaringkan gol dalam saingan Liga Juara-Juara untuk 17 musim berturut-turut.

makin menyerlah, mbappe pengganti messi & ronaldo?

Lepas tu, Kylian Mbappe ambil keputusan untuk bermain bola bagai tiada hari esok. Mbappe menjaringkan hatrik untuk membolehkan PSG menang 4-1! Hatrik tersebut menjadikan Mbappe hanya pemain ke-3 dalam sejarah Liga Juara-Juara untuk berbuat demikian ketika berdepan Barca. Pada 1997, 2 pemain berjaya menjaringkan hatrik berdepan Barca iaitu bekas penyerang Newcastle, Faustino Asprilla (ye, Newcastle dulu main Liga Juara-Juara!) dan Andriy Shevchenko.

PSG yang juga naib juara musim lalu kini miliki kelebihan besar untuk aksi timbal-balik nanti. Tapi ini bukan kali pertama PSG ada kelebihan yang besar untuk aksi timbal balik berdepan Barca ni. Ingatkah anda pada tahun 2017? PSG belasah Barca 4-0 pada aksi pertama pusingan 16 terbaik. Keyakinan PSG memuncak ketika itu dan merupakan pasukan yang dikatakan mampu muncul juara. Tapi lain jadinya pada aksi timbal balik tu. Barca catat kemenangan 6-1 termasuk gol kemenangan pada waktu kecederaan. Ketika itu, Neymar masih beraksi untuk Barca. Kalau anda tak ingat, Mbappe mesti ingat perlawanan tu.



Jadi mampukah Barca kembali bangkit pada aksi timbal balik nanti? Atau adakah PSG akan menghapuskan mimpi ngeri yang dialami mereka 4 musim lalu? Kalau PSG berhasrat mara lebih jauh, sudah pasti Kylian Mbappe kena mainkan peranan penting pada perlawanan itu nanti. Sebagai pemain yang dicanang akan ambil alih takhta yang dipegang Ronaldo & Messi, mesti Mbappe nak buktikan sesuatu kan? Lagi pun, trofi Liga Juara-Juara ni Mbappe belum pernah julang lagi.


Oleh: Karami Kamel
ARTIKEL BERKAITAN