Maut Lepas GPS Bawa Lalu Jambatan Yang Dah Hanyut Sembilan Tahun Lepas

Seorang lelaki dilaporkan maut selepas alat GPS yang digunakannya membawa ke laluan jambatan yang sudah hanyut sejak sembilan tahun yang lalu.

maut lepas gps bawa lalu jambatan yang dah hanyut sembilan tahun lepas

Phil Paxson dari Carolina Utara, Amerika Syarikat menggunakan alat itu pada 30 September lalu untuk memandu pulang ke rumah sebelum GPS menunjukkan laluan berjambatan yang kini sudah tidak digunakan lagi.

 

Akibatnya, kereta yang dipandu Phil hanyut ke dalam sungai, menyebabkan beliau maut ditempat kejadian.

 

Sebelum kejadian, Phil baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran anak perempuannya.

 

Menurut polis, kenderaan bapa dua anak itu ditemui dengan sebahagiannya tenggelam. Papan tanda amaran dan penghadang yang diletakkan pada laluan itu juga didapati telah dialihkan oleh pihak tidak bertanggungjawab, menyebabkan kemalangan itu berlaku.

maut lepas gps bawa lalu jambatan yang dah hanyut sembilan tahun lepas

"Mangsa mengikut laluan yang ditunjukkan GPS terbabit sehingga kereta dipandunya terjunam ke dalam sungai," kata Linda McPhoee, ibu mentua Paxson menerusi Facebook.

 

Jambatan yang dilalui oleh Phil itu juga sudah rosak dan tidak digunakan lagi sejak sembilan tahun yang lalu. Ia bukan dibawah bidang kuasa kerajaan negeri dan tempatan dan kini siasatan lanjut sedang dijalankan.

 

Sumber: HMetro