Matahari Terakam Sedang ‘Senyum’, Boleh Beri Kesan Pada Sistem Komunikasi Bumi - NASA

Beberapa minggu lalu, agensi angkasa Solar Dynamic Observatory telah berkongsi satu foto unik yang menunjukkan keadaan permukaan matahari.

matahari terakam sedang ‘senyum’, boleh beri kesan pada sistem komunikasi bumi - nasa

Beberapa bahagian pada permukaan matahari itu dilihat dalam keadaan bertompok warna hitam, membentuk rupa seakan-akan matahari sedang tersenyum.

 

Foto yang diambil oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA) telah tular dimedia sosial, sehingga ada yang menyamakan ia seperti matahari dalam rancangan kartun, Teletubbies.

matahari terakam sedang ‘senyum’, boleh beri kesan pada sistem komunikasi bumi - nasa

Bagaimanapun ‘senyuman’ yang dilihat bukanlah satu petanda baik, sebaliknya NASA berkata ia adalah keadaan bila mana berlakunya ribut solar.

 

"Dilihat dalam cahaya ultraungu, tompok-tompok gelap pada matahari ini dikenali sebagai lubang koronal dan merupakan kawasan di mana ribut solar kencang memancar ke angkasa," tulis NASA dalam satu hantaran di Twitter.

 

Malah, aktiviti solar ini dikatakan mampu memberi kesan kepada sistem telekomunikasi dan perkhidmatan lain di Bumi.

Ribut solar pernah melanda Bumi lebih 2,500 tahun yang lalu dan kajian saintis mendapati terdapat unsur-unsur radioaktif yang dilepaskan oleh ribut solar ditemui di Greenland.

 

Ini bukanlah kali pertama NASA mengambil gambar matahari dalam keadaan “senyum” seperti ini. Pada tahun 2013 dan 2014, mereka pernah memerhatikan aktiviti matahari dalam keadaan hampir serupa dengan tompok hitam kelihatan pada permukaannya.

 

Sumber: Smithsonianmag / Sky News