Pakar Dedah Matahari Telah Hampir Separuh Jangka Hayat, Dijangka Mati Dalam Masa 5 Bilion Tahun Lagi

Agensi Angkasa Eropah (ESA) meramalkan planet Matahari bakal ‘mati’ tidak lama lagi sekurang-kurangnya lima bilion tahun lagi.

pakar dedah matahari telah hampir separuh jangka hayat, dijangka mati dalam masa 5 bilion tahun lagi

Kajian tersebut dilakukan menerusi kapal angkasa milik ESA yang dikenali sebagai Gaia.

Berdasarkan ramalan tersebut, Matahari dipercayai telah menghampiri separuh daripada jangka hayatnya. Apabila ia mencapai penghujung usia, cahayanya bakal terpadam lalu menjadikan Bumi kesejukan.

Pada ketika ini, Matahari dianggarkan berusia ‘pertengahan umur’, iaitu 4.57 bilion tahun dan stabil kerana ia menggabungkan hidrogen menjadi helium, menurut Gaia.

Kapal Angkasa Gaia terletak kira-kira 1,496,689.92 kilometer dari Bumi. Ia mempunyai dua teleskop bagi mendokumentasikan galaksi serta mengkaji bintang untuk meramalkan masa depan mereka.

 

Sumber: Kosmo

ARTIKEL BERKAITAN